Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga China diberkas selepas disyaki mencabul seorang wanita dalam kejadian di kaki lima kawasan Stesen MRT Kuchai Lama di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.22 malam."Mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 22 tahun yang bekerja sebagai terapis kecantikan di Sunway Velocity."Dalam kejadian tersebut, mangsa mendakwa telah didatangi dari arah belakang oleh seorang lelaki tidak dikenali sebelum suspek bertindak memeluknya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah diekori suspek ketika berjalan menuju ke tandas di kawasan berkenaan."Hasil tindakan pantas, suspek berjaya ditahan pada hari sama kira-kira jam 8.10 malam," katanya.Menurutnya, suspek merupakan lelaki warga China berusia 20 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan."Suspek direman sehingga 24 April 2026 bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul serta Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah."Siasatan dijalankan oleh pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur serta Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields," katanya.
Go to News Site