Collector
Rosakkan kaunter KLIA2, cedera anggota keselamatan kerana terlepas penerbangan | Collector
Rosakkan kaunter KLIA2, cedera anggota keselamatan kerana terlepas penerbangan
Sinar Harian

Rosakkan kaunter KLIA2, cedera anggota keselamatan kerana terlepas penerbangan

SEPANG - Tindakan seorang lelaki merosakkan kemudahan awam serta mencederakan anggota keselamatan seperti mana tular di media sosial baru-baru ini dipercayai berpunca daripada tekanan selepas terlepas penerbangan.Individu terbabit turut bertindak sedemikian dipercayai berselisih faham dengan isterinya berkaitan isu penjagaan anak dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini.Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sebelum bertindak menahan suspek pada 5 April lalu kira-kira jam 10.30 pagi di Kaunter Pertukaran Antarabangsa KLIA2.Menurutnya, tangkapan melibatkan seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang ketika itu sedang menunggu penerbangan transit ke Hatyai, Thailand."Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlepas penerbangan selain berlaku perselisihan faham dengan isterinya berkaitan isu penjagaan anak."Suspek kemudian bertindak agresif dengan menghentak cermin kaunter, mengetuk papan tanda penerbangan hingga patah serta membaling botol minuman ke arah kaunter," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, tindakan suspek turut menyebabkan seorang anggota keselamatan yang bertugas mengalami kecederaan.Tambahnya, suspek telah mengaku bersalah di Mahkamah Sepang pada 7 April lalu."Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali."Selain itu, suspek turut dituduh di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil yang membawa hukuman denda sehingga RM100," katanya.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan pihak keselamatan dan tidak bertindak di luar kawalan sehingga boleh mencetuskan kegusaran di tempat awam, khususnya di Terminal KLIA1 dan KLIA2.Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga asing mengamuk serta merosakkan papan tanda di kaunter KLIA2 selain bertindak agresif terhadap anggota keselamatan.

Go to News Site