Collector
Tokong tertera kalimah ALLAH: Polis sahkan pelaku ada rekod sakit mental | Collector
Tokong tertera kalimah ALLAH: Polis sahkan pelaku ada rekod sakit mental
Sinar Harian

Tokong tertera kalimah ALLAH: Polis sahkan pelaku ada rekod sakit mental

MELAKA - Suspek insiden tokong ditulis kalimah ALLAH dan Bismillahirrahmanirrahim di Persisiran Pantai Siring disahkan mempunyai rekod pesakit mental dan mengaku melakukan perbuatan itu.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan pada Khamis sekitar jam 2 petang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.Menurutnya, kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya."Suspek mengaku melakukan perbuatan itu dan kita tidak mahu mengambil risiko memandangkan dia mempunyai rekod sakit mental."Jadi, dia dibebaskan dengan jaminan polis dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada Jumaat.Mengulas lanjut, beliau berkata pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Jasin telah mengambil tindakan merobohkan tokong berkenaan pada Jumaat.Ia selepas tokong tersebut merupakan binaan lama tidak berdaftar yang didirikan di atas tanah kerajaan dan bukan di atas tanah persendirian.Dalam pada itu, beliau berkata isu melibatkan 3R iaitu agama, kaum dan institusi diraja merupakan perkara sensitif dan orang ramai dinasihatkan agar tidak memperbesarkannya."Jika terdapat perkara melibatkan 3R, kita menasihatkan orang ramai agar segera melaporkannya kepada pihak polis supaya tindakan segera dapat diambil."Kita tidak mahu apabila ia dihebahkan, ia akan menjadi isu hangat. Jika boleh, apabila mendapat maklumat awal, ia diselesaikan lebih awal," katanya.

Go to News Site