Collector
Gesa PBB timbang permohonan tarik keluar MALBATT dari Lubnan - Khaled Nordin | Collector
Gesa PBB timbang permohonan tarik keluar MALBATT dari Lubnan - Khaled Nordin
Sinar Harian

Gesa PBB timbang permohonan tarik keluar MALBATT dari Lubnan - Khaled Nordin

KOTA TINGGI – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa mempertimbangkan permohonan Malaysia untuk menilai semula penempatan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) di Lubnan susulan perubahan situasi keselamatan di kawasan operasi.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia sebelum ini menghantar pasukan menyertai misi pengaman United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) yang berperanan sebagai pengantara antara pihak yang bertelagah.Bagaimanapun, jelas beliau, keadaan semasa telah berubah apabila konflik semakin memuncak dan melibatkan pertempuran terbuka, sekali gus tidak lagi selari dengan mandat asal pasukan pengaman."Apabila kita hantar pasukan sertai UNIFIL, tujuannya adalah sebagai pasukan pengaman antara pihak bertelagah iaitu Israel dan Hezbollah supaya mereka tidak meneruskan peperangan."Tetapi hari ini keadaan telah bertukar, mereka berperang antara satu dengan yang lain dan ini bukannya mandat yang diberikan kepada MALBATT atau mana-mana pasukan lain yang sertai UNIFIL."MALBATT merupakan pasukan pengaman yang tidak mempunyai kelengkapan persenjataan sesuai untuk keadaan peperangan, sebaliknya mereka kini pihak terkesan dalam situasi semasa," katanya.Beliau demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Gembut, Tanjung Sedeli di sini pada Sabtu.Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi turut memberitahu, lebih 500 anggota MALBATT di Lubnan ketika ini telah diarah untuk kekal di dalam 'bunker' dan tidak melakukan sebarang operasi rondaan."Permohonan telah dibuat Kementerian Luar, kita di Kementerian Pertahanan tunggu keputusan, kalau keputusannya kekal di situ kita akan kekal, tetapi kalau keputusannya boleh balik, kita akan balik. Itu keputusan antara Kementerian Luar dan UN, bukan pihak kita," katanya.

Go to News Site