Collector
KUSKOP, TNB kerjasama bincang langkah PMKS hadapi tekanan kos meningkat | Collector
KUSKOP, TNB kerjasama bincang langkah PMKS hadapi tekanan kos meningkat
Sinar Harian

KUSKOP, TNB kerjasama bincang langkah PMKS hadapi tekanan kos meningkat

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bekerjasama dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi membincangkan langkah sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam menghadapi tekanan kos yang semakin meningkat.Perkara tersebut dibincangkan semasa pertemuan antara Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Shamsul Ahmad pada Jumaat.KUSKOP dalam satu kenyataan berkata, dalam pertemuan itu turut memberi tumpuan adalah langkah praktikal bagi membantu PMKS mengurus kos operasi dengan lebih berkesan, menambah baik aliran tunai serta mempercepat peralihan kepada tenaga boleh baharu (RE).Menurutnya, ia susulan krisis tenaga global yang turut menjejaskan Malaysia dan memberi tekanan besar kepada PMKS yang beroperasi dengan margin terhad, khususnya dari segi kos elektrik dan operasi harian."Justeru, langkah KUSKOP dan TNB ini bertujuan untuk membantu perniagaan mengurus kos melalui kecekapan tenaga, penggunaan skim seperti Time-of-Use (ToU) serta peralihan kepada tenaga boleh baharu sekali gus memastikan kelangsungan operasi dalam menghadapi ketidaktentuan tenaga global."Steven Sim turut menggariskan beberapa bidang kerjasama strategik antara KUSKOP dan TNB. Pertama, KUSKOP KUSKOP melalui SME Corp. Malaysia mencadangkan agar penyelarasan insentif atau tarif yang lebih bersesuaian dipertimbangkan untuk PMKS."Kedua, usaha akan dipergiat untuk memperluas penggunaan skim ToU dalam kalangan PMKS melalui kempen bersama bagi membantu perniagaan mengoptimumkan penggunaan elektrik dan seterusnya mengurangkan kos operasi," katanya.Tambah kenyataan itu, seterusnya, kedua-dua pihak akan memperkukuh kerjasama dalam aspek pendigitalan dan peralihan tenaga.Jelasnya, ia termasuk memperluas akses PMKS kepada pemasangan solar melalui model pembiayaan yang lebih fleksibel seperti zero capex, selaras dengan agenda ESG dan usaha mempercepat penggunaan tenaga boleh baharu."Dari segi pembangunan kapasiti, KUSKOP dan TNB akan bekerjasama melalui Institut Keusahawanan Negara (Insken) untuk memperluas program latihan dan pembangunan keupayaan usahawan meliputi aspek pengurusan kewangan serta pengembangan dan penskalaan perniagaan," ujarnya.Steven Sim turut menegaskan kepentingan membuka lebih banyak ruang kepada PMKS untuk menyertai ekosistem peralihan tenaga di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR)."Antaranya penglibatan dalam sektor baharu seperti solar, kenderaan elektrik (EV), pusat data serta teknologi tenaga melalui platform seperti Energy Transition Conference," katanya.Sementara itu, Steven Sim berkata, KUSKOP akan bekerjasama rapat dengan TNB juga untuk meneroka insentif bersasar serta memperluas kesedaran bagi memastikan lebih ramai PMKS dapat memanfaatkan inisiatif ini."Dengan menggabungkan usaha pengurusan kos dan peluang peralihan tenaga, kita mahu memastikan PMKS Malaysia kekal berdaya saing, berdaya tahan dan bersedia untuk berkembang ke pasaran baharu."Usaha ini selaras dengan agenda KUSKOP untuk hebatkan perniagaan Malaysia dengan strategi ABCD, iaitu anjakan produktiviti, birokrasi dipermudah, capaian modal dan daya akses pasaran," ulasnya.

Go to News Site