Collector
71.3 tan lebihan makanan diselamatkan Ramadan lalu - Armizan | Collector
71.3 tan lebihan makanan diselamatkan Ramadan lalu - Armizan
Sinar Harian

71.3 tan lebihan makanan diselamatkan Ramadan lalu - Armizan

KOTA KINABALU - Sebanyak 71.3 tan lebihan makanan berjaya diselamatkan sepanjang Ramadan lalu menerusi pelaksanaan Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kejayaan itu dicapai hasil kerjasama bersepadu antara kementerian bersama rakan strategik termasuk pihak industri, peniaga dan badan bukan kerajaan (NGO)."Dalam menggerakkan inisiatif i-FB, sepanjang Ramadan lalu, KPDN bersama rakan strategik telah berjaya menyelamatkan sejumlah 71.3 tan lebihan makanan."Bagi negeri Sabah, sebanyak 2.6 tan makanan berjaya diselamatkan dan telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan."Program ini dilaksanakan di 119 bazar Ramadan di seluruh negara dengan penglibatan seramai 2,875 sukarelawan," katanya ketika ditemui pemberita pada program Inisiatif i-FB Santuni Komuniti @ Dapur Kita-Kita bersama KPDN di sini pada Sabtu.Beliau berkata, pelaksanaan i-FB@Bazar Ramadan 2026 membuktikan keberkesanan pendekatan bersepadu dalam meminimumkan pembaziran makanan serta memperluas manfaat kepada komuniti yang memerlukan."Ini juga dapat mengurangkan lambakan sisa makanan di pusat-pusat pelupusan sampah."Inisiatif itu turut menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar melalui pengurangan pelepasan karbon dioksida (CO2)," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, kementerian melalui Sekretariat Inisiatif i-FB di bawah NACCOL sedang menyediakan Pelan Tindakan Food Bank Kebangsaan bagi memperkasa pelaksanaan inisiatif berkenaan."Ini termasuk mengenal pasti bentuk pengiktirafan yang wajar diberikan kepada pihak yang menunjukkan komitmen yang konsisten," katanya.Sementara itu, sebuah syarikat pembekal dan peruncit makanan sejuk beku halal, Jetsin Sdn Bhd yang beroperasi di sini, secara rasmi menyertai Inisiatif i-FB tersebut."Penyertaan ini dijangka dapat memperkukuh pelaksanaan program 'Dapur Kita-Kita', iaitu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sedia ada syarikat yang telah dimulakan sejak Disember 2024."Melalui inisiatif i-FB@Dapur Kita-Kita, sebanyak 200 pek bantuan makanan bermasak telah disalurkan kepada golongan memerlukan di sekitar Kota Kinabalu dengan penglibatan sukarelawan termasuk mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT)," katanya.

Go to News Site