Collector
Anggota tentera dipukul dalam kem meninggal dunia | Collector
Anggota tentera dipukul dalam kem meninggal dunia
Sinar Harian

Anggota tentera dipukul dalam kem meninggal dunia

PETALING JAYA – Seorang anggota tentera berpangkat prebet yang sebelum ini dilaporkan parah akibat dipukul di kem disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital di Temerloh pada pagi Sabtu.Mangsa, Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.45 pagi.Bapanya, Rosafindi Tambi Chik, 49, memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Pusara Damai Felda Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan.Terdahulu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas dipercayai dipukul oleh seorang anggota berpangkat koperal dalam kejadian pada 31 Mac lalu.Insiden itu dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati berkaitan tugasan pembersihan stor senjata.Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat, seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) didakwa menggunakan kekerasan terhadap tujuh anggota lain di Kem Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).Difahamkan, suspek yang berusia 37 tahun bertindak menampar dan menumbuk mangsa di bahagian muka serta perut.Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata siasatan awal mendapati suspek turut memukul, menendang dan menyerang mangsa di beberapa bahagian badan.Beliau turut memaklumkan bahawa enam lagi anggota berusia antara 19 hingga 22 tahun berada di lokasi kejadian ketika insiden tersebut berlaku.

Go to News Site