Sinar Harian
MERSING – Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai menumbuk seorang wanita dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Sri Mersing di sini, yang rakaman videonya tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 48 tahun kira-kira jam 10 malam, Jumaat.Menurutnya, suspek berusia 47 tahun berjaya ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing sekitar jam 12.15 tengah malam bagi membantu siasatan."Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada selisih faham antara kedua-dua pihak."Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan lebam di dahi serta patah pada bahagian atas hidung," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.Beliau berkata, suspek direman selama empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang lelaki menumbuk seorang wanita yang baru keluar dari sebuah pasar raya.
Go to News Site