Sinar Harian
KOTA KINABALU - Sabah mempunyai semua kelebihan untuk muncul sebagai hab tenaga utama negara dan rantau ini menerusi cadangan pembinaan kilang penapisan minyak di negeri berkenaan.Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, kelebihan Sabah dari segi sumber minyak yang melimpah, lokasi strategik serta sokongan dasar sedia ada menjadikan cadangan itu berpotensi besar untuk direalisasikan.Menurutnya, krisis tenaga dunia yang dipengaruhi konflik di Asia Barat, khususnya melibatkan Iran telah mendedahkan kelemahan ketara terhadap kebergantungan kepada laluan strategik seperti Selat Hormuz."Gangguan di laluan ini memberi kesan langsung kepada kestabilan bekalan dan harga minyak global, sekali gus memberi implikasi besar kepada negara-negara pengimport dan pengeksport."Krisis global hari ini adalah satu peringatan jelas bahawa kebergantungan kepada sumber luar dan laluan antarabangsa adalah berisiko tinggi. Sabah mempunyai semua kelebihan sumber, lokasi strategik serta sokongan dasar untuk muncul sebagai hab tenaga utama negara dan rantau ini."Oleh itu, pembinaan kilang penapisan minyak di Sabah bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan strategik demi menjamin keselamatan tenaga, kemakmuran ekonomi dan keadilan pembangunan untuk Sabah serta Malaysia secara keseluruhan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum itu, beliau mengulas mengenai kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Mohd Salleh berhubung keperluan membina kilang penapisan minyak di Sabah.Beliau berkata lagi, pandangan itu mengambil kira realiti semasa industri minyak dan gas negara yang banyak tertumpu di wilayah Borneo, khususnya Sabah dan Sarawak."Hakikatnya, lebih 60 peratus minyak dan gas Malaysia dihasilkan di kedua-dua negeri tersebut, dengan Sabah menyumbang sekitar 40 peratus daripada keseluruhan pengeluaran minyak negara, manakala Sarawak sekitar 30 peratus."Ini bermakna lebih 70 peratus sumber minyak Malaysia datang dari wilayah Borneo. Namun, Sabah masih belum mempunyai kilang penapisan sendiri, menyebabkan sumber mentah terus dihantar ke Semenanjung untuk diproses."Keadaan ini bukan sahaja tidak efisien dari sudut ekonomi, malah menafikan peluang besar kepada Sabah dalam aspek nilai tambah, pembangunan industri hiliran, peluang pekerjaan serta pemindahan teknologi," katanya.Tambah beliau, kedudukan Sabah yang berhampiran dengan Brunei Darussalam, sebuah negara pengeluar minyak dan gas yang kukuh, turut memberi kelebihan tambahan kepada negeri itu."Kedudukan geografi ini menjadikan Sabah sebagai sebahagian daripada kluster tenaga strategik di rantau Borneo yang memiliki sumber mencukupi untuk menyokong pembangunan industri penapisan," katanya.
Go to News Site