Sinar Harian
INSIDEN keganasan di sebuah kem tentera di Bentong yang bermula pada 30 Mac lalu berakhir dengan tragedi apabila seorang anggota disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada Sabtu.Mangsa, Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.34 pagi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh selepas hampir dua minggu bertarung nyawa akibat kecederaan parah.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam di stor senjata Kompeni C, Kem Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu sebelum ini mengakibatkan mangsa koma manakala enam lagi anggota cedera, dipercayai dipukul oleh seorang koperal.Ikuti kronologi berikut; 30 Mac 2026 - Kejadian serangan berlaku kira-kira jam 8.30 malam di stor senjata Kompeni C, Kem Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Bentong.-Seorang anggota tentera dilaporkan koma manakala enam lagi rakan setugasnya cedera.-Insiden tersebut membabitkan seorang anggota tentera berpangkat koperal. 31 Mac 2026 - Bapa kepada arwah Prebet Muhammad Amirul Raziq, Rosafindi Tambi Chik, telah membuat laporan polis.-Polis menahan seorang anggota berpangkat koperal yang berusia 37 tahun jam 2.30 petang, membantu siasatan. 4 April 2026 - Perintah reman terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal dilanjutkan. 6 April 2026 - Suspek, Sukry Tasu, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bentong atas tujuh pertuduhan.-Pertuduhan pertama di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan membabitkan kecederaan parah terhadap seorang anggota tentera.-Enam pertuduhan lain di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan melibatkan kecederaan terhadap enam anggota lain.-Tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM7,000 bagi pertuduhan pertama, manakala masing-masing RM2,000 bagi pertuduhan kedua hingga ketujuh dengan satu penjamin.-Mahkamah telah menetapkan 18 Mei 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen. 11 April 2026 - Mangsa, Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh kira-kira jam 9.34 pagi.-Susulan itu, polis mengklasifikasikan semula siasatan daripada Seksyen 325 kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Siasatan lanjut termasuk penelitian semula keterangan saksi sedang dijalankan.
Go to News Site