Collector
[VIDEO] Gerakan besar perlu dijayakan, hidupkan semula budaya membaca | Collector
[VIDEO] Gerakan besar perlu dijayakan, hidupkan semula budaya membaca
Sinar Harian

[VIDEO] Gerakan besar perlu dijayakan, hidupkan semula budaya membaca

PETALING JAYA – Gerakan berskala besar perlu dilaksanakan bagi menghidupkan semula budaya membaca dalam kalangan masyarakat yang semakin terhakis akibat pengaruh dunia digital.Pengerusi Penggerak Komuniti Keluarga Membaca, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, aktiviti membaca merupakan elemen penting dalam membentuk masyarakat berilmu, berfikiran kritis dan berdaya saing.Menurut beliau, strategi baharu perlu dirangka agar selari dengan perubahan landskap digital dan gaya hidup masyarakat hari ini."Dari segi pembinaan tamadun ini, membaca merupakan satu perkara penting cuma dalam konteks dunia moden, kita kena lihat pendekatan mana lebih berkesan kepada masyarakat."Apa yang kita hendak capai ialah menggalakkan masyarakat supaya mereka akan nampak membaca ini merupakan jalan keluar untuk menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi."Dengan itu ia membuatkan ramai orang gemar membaca dan daripada bacaan, kita menjadi masyarakat bertamadun, mampu menangani pelbagai cabaran dan membina kejayaan," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada program Pertemuan Komuniti Membaca 1/2026 di sini pada Sabtu.Pertemuan yang julung kali diadakan itu menghimpunkan pemain industri antaranya penulis terkenal, Datuk Roslan Ab Hamid, Sri Diah Shahruddin dan Puan Sri Fatini Yaacob bagi merangka hala tuju bersama dalam usaha memperkukuh amalan membaca.Sementara itu, Penasihat Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, usaha mengembalikan amalan membaca memerlukan komitmen tinggi daripada semua pihak.Menurutnya, fokus utama ketika ini bukanlah kepada aspek hiliran seperti penerbitan atau jualan buku, sebaliknya memberi penekanan kepada pembinaan budaya membaca itu sendiri."Pendekatan itu pernah dibuktikan menerusi kejayaan kempen #QuranHour sebelum ini sehingga ia diterima di peringkat antarabangsa."Kalau budaya membaca itu berjaya diwujudkan, ekosistem lain seperti penulis, penerbit, pencetak dan penjual buku akan berkembang dengan sendirinya," katanya ketika berucap di sini.Jelas Hussamuddin, keperluan untuk mengembalikan semula kesedaran terhadap kepentingan membaca selaras dengan seruan pertama dalam Islam iaitu 'Iqra'.Katanya, masyarakat kini masih membaca, namun ia tidak tertumpu kepada bahan ilmiah yang memberi manfaat jangka panjang."Manfaat membaca sangat besar, tetapi ramai yang sudah lupa."Kita perlu ingatkan semula masyarakat bahawa membaca boleh membentuk pemikiran, meningkatkan ilmu dan mengubah kehidupan," ujarnya.Mengulas lanjut, beliau berkata, generasi terdahulu yang dibesarkan dalam kekangan kemudahan hiburan dilihat lebih cenderung kepada pembacaan, sekali gus membantu mereka mencipta kejayaan dalam kehidupan.Tambah beliau, kerjasama kolektif semua pihak termasuk pemimpin, penggiat industri buku dan media perlu bagi menjayakan agenda tersebut."Kalau semua pihak membawa mesej yang sama dan fokus kepada satu matlamat iaitu membaca, impaknya akan lebih besar kepada masyarakat," katanya.

Go to News Site