Sinar Harian
KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) tidak menyediakan peruntukan khas kepada anak autisme di negeri ini.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, bagaimanapun bantuan masih boleh dipertimbangkan bagi golongan asnaf atau individu bekerja yang tidak berkemampuan menampung kos rawatan di hospital kerajaan."Jika melibatkan kos seperti pengangkutan, kita boleh beri bantuan secara sekali atau bulanan."Sekiranya ibu bapa menunjukkan kos rawatan dan masih tidak mencukupi, kita akan pertimbangkan untuk menampung baki," katanya.Jelas beliau, bantuan itu disalurkan di bawah kategori asnaf gharimin iaitu golongan yang menanggung kekurangan kewangan bagi keperluan asas."Konsepnya bukan menanggung sepenuhnya tetapi menampung kekurangan."Contohnya, jika kos rawatan RM12,000 setahun dan keluarga hanya mampu menyediakan RM9,000, baki itu boleh dipertimbangkan untuk bantuan sekali sahaja," ujarnya.Tambah Asmadi, ketika ini bantuan MUIP lebih tertumpu kepada kategori penyakit kritikal seperti rawatan jantung dan kanser."Dalam keadaan tertentu, kita juga menampung kekurangan selepas kutipan dana awam dilakukan bagi mereka yang bukan kategori asnaf," jelasnya.
Go to News Site