Sinar Harian
SEPANG - Seorang wanita parah selepas dicederakan dengan senjata tajam di rumah sewanya di sebuah apartment di Bandar Sunsuria di sini Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, laporan kejadian telah diterima pihak polis sebelum tangkapan pada hari sama terhadap seorang lelaki yang juga penuntut universiti swasta berusia 22 tahun.Menurutnya, kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan, tetapi suspek merupakan penyewa baharu di unit apartment terbabit yang mempunyai dua bilik."Keadaan mangsa berusia 34 tahun kritikal tapi stabil dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Idris Shah, Serdang."Kes masih dalam siasatan dan setakat ini 10 keterangan saksi telah diambil," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah selain tidak mempunyai rekod jenayah.Katanya, suspek direman tujuh hari sehingga 16 April untuk siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.Jelasnya, orang awam yang mempunyai makkumat kejadian boleh salurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhammad Azroy Amran di talian 014-2723342 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang atau mana-mana balai polis berhampiran."Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis serta menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya.
Go to News Site