Sinar Harian
SHAH ALAM - Amalan pemberian duit raya setiap kali Aidilfitri wajar dijadikan instrumen mendidik anak-anak mengenai pengurusan kewangan sejak usia kecil, bukan sekadar tradisi tahunan.Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri berkata, duit raya adalah platform terbaik untuk memupuk budaya menyimpan, berbelanja secara berhemah dan bersedekah dalam kalangan kanak-kanak.Beliau yang juga Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) berkata, wang diterima boleh disimpan untuk kegunaan masa depan khususnya pendidikan tinggi, sambil menekankan konsep sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit."Jika seorang anak menerima purata RM200 setahun dan menyimpannya secara konsisten, jumlah itu boleh mencecah RM2,000 dalam tempoh 10 tahun tanpa mengambil kiradividen," ujarnya kepada Sinar Harian.Beliau turut mengingatkan agar wang berkenaan tidak disimpan di rumah kerana risiko kehilangan, sebaliknya digunakan untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) yang disediakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menawarkan dividen tahunan yang kompetitif serta perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit, simpanan dijamin kerajaan, patuh syariah dengan pembukaan akaun serendah RM20.Sementara itu, Pensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, duit raya memberipeluang kepada kanak-kanak mengumpul wang dalam tempohsingkat, sekali gus membudayakan amalan menabung.Beliau berkata, simpanan itu wajar dialihkan ke Simpan SSPN yang menawarkan kelebihan seperti pelepasan taksiran cukai melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dividen tahunan serta perlindungan takaful percuma dan khairat kematian.Menurutnya, simpanan kecil mampu memberi impak besar dalam perancangan pendidikan dan melahirkan generasi celik kewangan yang mengutamakan simpanan sebelum berbelanja.Beliau turut menggesa ibu bapa memainkan peranan proaktif dengan memastikan ketelusan simpanan, menggalakkan kemasukan duit raya terus ke akaun Simpan SSPN, selain mewujudkan sistem ganjaran dan pendedahan kepada cabutan hadiah sebagai motivasi tambahan."Manfaatkan simpanan di Simpan SSPN ini kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada anak-anak tetapi juga ibu bapa itu sendiri."Melalui Simpan SSPN ini ia dilihat sangat membantu ibu bapa menghadapi hari-hari mendatang dengan lebih tersusun dan terancang supaya pendidikan anak dapat dinikmati secara sempurna bagi menjamin masa depan anak," tambahnya.Kedua-dua pakar berpendapat perancangan awal penting bagi memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak dan masa depan yang lebih terjamin.Terdahulu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 dan menawarkan hadiah bernilai hampir RM1.4 juta bermula 1 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2026.Kempen ini dianjurkan bagi menggalakkan budaya menabung dalam kalangan masyarakat dan sebagai penghargaan kepada pendeposit Simpan SSPN yang menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan utama instrumen simpanan pendidikan anak.Pembukaan akaun atau penambahan deposit Simpan SSPN boleh dibuat dengan lebih mudah, cepat dan selamat secara dalam talian melalui www.ptptn.gov.my atau melalui aplikasi myPTPTN.
Go to News Site