Collector
Jey Prabakaran buru rekod dunia ketiga, latih kardio 18 jam tanpa henti | Collector
Jey Prabakaran buru rekod dunia ketiga, latih kardio 18 jam tanpa henti
Sinar Harian

Jey Prabakaran buru rekod dunia ketiga, latih kardio 18 jam tanpa henti

BELUM puas dengan dua rekod dunia, atlet kecergasan negara, K Jey Prabakaran kini meletakkan sasaran lebih ekstrem untuk memburu rekod dunia ketiga dalam tempoh terdekat.Anak jati Kuala Lipis berusia 29 tahun itu bakal menguji had keupayaan manusia menerusi cabaran 18 jam kardio dan angkat berat tanpa henti.Menurutnya, cabaran terbaharu itu jauh lebih sukar berbanding dua rekod dunia sebelum ini iaitu bagi kategori 12 jam dan 15 jam."Sasaran saya jelas, 18 jam kardio dan angkat berat tanpa henti. Saya tahu risikonya, tetapi saya yakin dengan kemampuan diri."Ini bukan sekadar cabaran fizikal, tetapi ujian mental untuk kekal konsisten sehingga tamat," katanya pada Sabtu.Menceritakan persiapan, Jey Prabakaran memaklumkan beliau kini menjalani latihan intensif selama tiga bulan bermula bulan ini bagi memastikan tubuh berada pada tahap terbaik.Menurutnya, latihan tersebut menuntut ketahanan fizikal dan mental yang tinggi sebelum turun ke cabaran sebenar."Saya menjalani rutin dua sesi sehari melibatkan latihan bebanan dan stamina, enam hari seminggu tanpa gagal, selain pemantauan diet yang ketat."Malah, saya turut melakukan transformasi fizikal dengan menurunkan 35 kilogram bagi mencapai tahap kecergasan optimum," katanya.Beliau menambah, misi kali ini turut dibimbing jurulatih berpengalaman, Mohd Shazwan Mohd Luthfi Ismail yang sebelum ini membantu kejayaan rekod dunia pada 2023 dan 2024.Menurutnya, persiapan tersebut turut merangkumi penyertaan dalam tiga acara utama secara berturut-turut sepanjang tahun ini yang berfokus kepada cabaran ketahanan."Setiap sesi latihan ibarat medan ujian yang menguji had sebenar diri."Ada hari badan hampir menyerah, tetapi kekuatan mental tidak boleh kalah," ujarnyaSelain dua rekod dunia, beliau turut memegang rekod Asia bagi cabaran 13 jam serta tiga rekod kebangsaan sempena Hari Sukan Negara.Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri melalui Exco Komunikasi, Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Pahang, Nor Azli Daud atas sokongan diberikan.

Go to News Site