Collector
Op Khas Pagar Laut: Maritim Malaysia rekod rampasan RM4.6 juta, 617 tangkapan | Collector
Op Khas Pagar Laut: Maritim Malaysia rekod rampasan RM4.6 juta, 617 tangkapan
Sinar Harian

Op Khas Pagar Laut: Maritim Malaysia rekod rampasan RM4.6 juta, 617 tangkapan

PUTRAJAYA - Sebanyak 142 kes dengan penahanan 617 individu membabitkan nilai rampasan RM4.6 juta direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut sempena musim perayaan yang dilaksanakan bermula 27 Februari hingga 10 April lalu.Statistik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) itu membuktikan komitmen berterusan dalam mengekang jenayah rentas sempadan maritim negara.Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, Op Khas Pagar Laut 1/2026 dilaksanakan secara menyeluruh dengan penggemblengan aset laut dan udara serta penguatkuasaan berfokus di kawasan titik panas bagi membanteras aktiviti jenayah seperti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), barangan kawalan serta kontraban khususnya menjelang musim perayaan.Menurutnya, daripada jumlah tangkapan tersebut, warga Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 210 orang, diikuti Myanmar dengan 84 orang, sekali gus menunjukkan laluan laut negara masih menjadi sasaran utama kemasukan PATI ke negara ini."Kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kekal sebagai penyumbang utama dengan 68 kes direkodkan, diikuti kes di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (39 kes) serta Akta Imigresen 1959/63 (23 kes)."Pendekatan operasi ini turut diperkukuh dengan pemantauan udara menggunakan pesawat Maritim Malaysia serta pengesanan melalui Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di Lumut dan Kota Kinabalu bagi memastikan setiap pergerakan mencurigakan dapat dikesan lebih awal," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 37 kes, diikuti Johor (33 kes) dan Kedah/Perlis (24 kes).Tambahnya, selain itu, Maritim Malaysia turut mempergiatkan program kesedaran komuniti seperti Program Sahabat Maritim bagi meningkatkan kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut.Tegasnya, Op Khas Pagar Laut 1/2026 bukan penamat kepada usaha penguatkuasaan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada siri operasi berterusan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun."Ini bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara," ujarnya.

Go to News Site