Sinar Harian
SUBANG JAYA-– Kenaikan harga barang keperluan hinggalah bebanan bil utiliti, kos sara hidup yang kian mencabar menjadikan kemeriahan Aidilfitri satu kemewahan bagi komuniti terpinggir.Buat anak-anak yatim, Syawal sering kali hadir dengan rintihan sunyi, sebuah musim yang seolah-olah mengimbau kembali kehilangan insan tersayang.Menyedari jurang ini, Kumpulan Sunway bersama rakan NGO dan sukarelawan kembali menyemarakkan kemeriahan Sinar Raya.Dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY), lebih 300 anak yatim serta penjaga diraikan dalam satu majlis penuh keberkatan.Program yang bertempat di Sunway City Kuala Lumpur baru-baru ini bertambah seri dengan keberangkatan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sunway, Datin Paduka Sarena Cheah, yang meluangkan masa beramah mesra dan menyertai aktiviti bersama kanak-kanak, sekali gus mencipta memori indah sekali seumur hidup buat mereka.Anak-anak yang diraikan pada majlis itu turut menerima duit raya, suplemen vitamin C, beg sekolah, bekas makanan, juadah ringan serta pek susu yang ditaja oleh Kumpulan Sunway, Farm Fresh dan Kelab Sosial Sunway (KSS).Kolaborasi korporat dan NGO demi komunitiInisiatif Kumpulan Sunway meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporatnya melalui penganjuran Program Sinar Ramadan 2026 bermula penjelajahan program dengan.Menyantuni warga emas tanpa waris di Pusat Jagaan Impian Syimah, Johor Bahru pada bulan Februari, seterusnya dengan lawatan ke komuniti Orang Asli di Kampung Chadak, Ulu Kinta.Walaupun lokasi berbeza, setiap perjalanan membawa misi yang sama menghulurkan bantuan, menyentuh hati dan menghidupkan semula makna Ramadan dan Syawal bulan berkongsi rezeki dan memperkukuh nilai kemanusiaan.Sewaktu melawat Kampung Chadak di Ulu Kinta, Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Mohammad Nizar berkata, program seperti itu amat signifikan dalam membantu komuniti Orang Asli yang berdepan kekangan termasuk dari segi akses kepada bantuan."Program seperti ini amat dialu-alukan kerana ia bukan sahaja meringankan beban penduduk kampung, malah membuatkan mereka berasa dihargai."Kita berharap lebih banyak syarikat tampil melaksanakan program khidmat masyarakat di kawasan seperti ini," katanya.Selebriti sokongan MAF Shah Shamshiri, yang juga merupakan seorang penulis lirik terkenal dengan hasil karya puitis dan mendalam, berkata penglibatan beliau dalam program Sinar Ramadan di Perak ini merupakan pengalaman bermakna kerana beliau berpeluang berinteraksi secara dekat dengan komuniti Orang Asli."Ini merupakan kali pertama saya berpeluang turun padang dan berinteraksi secara dekat dengan komuniti Orang Asli."Pengalaman ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada saya untuk lebih bersyukur serta membantu golongan yang memerlukan," katanya.Program berskala nasionalSementara itu, Presiden Kumpulan Sunway, Anuar menekankan Program Sinar Ramadan merupakan sebahagian daripada payung inisiatif #SunwayforGood yang dilaksanakan sejak 2014.Menurutnya, program tersebut kini berkembang sebagai usaha berskala nasional yang memberi manfaat kepada komuniti kurang bernasib baik di seluruh negara."Sejak dimulakan, inisiatif ini telah menjangkau lebih 100,000 penerima manfaat di seluruh Malaysia."Bagi tahun ini sahaja, seramai 8,000 individu menerima manfaat melalui pelaksanaan di lima negeri iaitu Johor, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Sabah," katanya.Beliau berkata, setiap lokasi dipilih berdasarkan keperluan komuniti setempat dengan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Kerjasama sektor swasta bantu komunitiProgram Sinar Raya 2026 merupakan antara siri Jelajah Sinar Ramadan Sunway 2026 yang dilaksanakan secara berperingkat di beberapa negeri termasuk Johor, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Sabah.Pelaksanaannya merupakan kesinambungan kepada usaha terdahulu di Johor Bahru yang menyantuni warga emas, sekali gus memperluaskan manfaat kepada komuniti lain termasuk masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman.Melalui pendekatan ini, Sunway terus memainkan peranan dalam memastikan lebih ramai golongan yang memerlukan dapat disantuni, selain menyemai nilai kebersamaan dan keprihatinan dalam masyarakat sepanjang Ramadan.Program Sinar Ramadan menanda program CSR Sinar Ramadan Sunway selama sebulan di seluruh negara berakhir.REAKSI"Program Sinar Ramadan ini menjadi antara inisiatif yang amat dinantikan oleh penduduk kampung kerana bukan sahaja membawa bantuan keperluan, malah turut menghidupkan suasana Ramadan dalam komuniti kami. Kami amat bersyukur kerana sekali lagi diberi perhatian dan peluang untuk merasai kemeriahan ini bersama."— Tok Batin Kampung Orang Asli Chadak, Leman Pandak
Go to News Site