Collector
Hilang selepas tertidur di stesen bas | Collector
Hilang selepas tertidur di stesen bas
Sinar Harian

Hilang selepas tertidur di stesen bas

BENTONG – Polis memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dihubungi ketika berada di Stesen Bas Larkin, Johor pada Khamis.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, laporan kehilangan Muhammad Izwan Omar, 27, dibuat oleh isterinya jam 9 pagi pada Sabtu. Menurutnya, pengadu memaklumkan kali terakhir bertemu suaminya adalah pada Rabu, kira-kira jam 10 malam di Hentian Raya Bentong, di sini."Pada Khamis, mangsa ada menghubungi isterinya dan memaklumkan dia tertidur di Stesen Bas Larkin, Johor."Bagaimanapun selepas itu mangsa gagal dihubungi dan terus hilang hingga kini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau memberitahu, mangsa berkulit gelap, berketinggian kira-kira 166 sentimeter, berat sekitar 107 kilogram dan berbadan gempal."Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju sweater dan seluar berwarna hitam," jelasnya.Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2231999.

Go to News Site