Collector
Tiga ditahan kes serang wanita buat 'live' dalam kereta | Collector
Tiga ditahan kes serang wanita buat 'live' dalam kereta
Sinar Harian

Tiga ditahan kes serang wanita buat 'live' dalam kereta

SUNGAI PETANI - Tiga individu termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan susulan penyebaran video tular memaparkan seorang wanita diserang semasa berada dalam kereta ketika membuat siaran lansung.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam lebih kurang jam 5.02 petang pada Sabtu.Menurutnya, semasa mangsa berada dalam kereta di hadapan sebuah rumah di Bandar Laguna Merbok, telah datang sebuah kereta jenis Toyota Vellfire dinaiki empat individu dikenali."Suspek bertindak menyerang pengadu dengan memukul muka, kepala dan badan mangsa dan menyebabkan kecederaan...suspek kemudiannya mengambil dua telefon bimbit dan menghempaskan ke jalan sehingga menyebabkan kerosakan," katanya ketika dihubungi.Menurut Hanyan, punca kejadian masih dalam siasatan dan dua kertas siasatan dibuka.Beliau berkata, tiga individu ditahan bagi membantu siasatan."Kita menahan seorang lelaki berusia 30 tahun dan seorang wanita berusia 29 tahun untuk bantu siasatan...ini kita siasat ikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 427 Kanun Keseksaan."Seorang lagi yang ditahan adalah pengadu, seorang wanita berusia 28 tahun dan kita siasat kes di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan," katanya.Sebelum ini tular di media sosial seorang wanita yang sedang membuat siaran langsung menerusi platform media sosial di dalam kereta diserang seorang wanita lain.

Go to News Site