Sinar Harian
JOHOR BAHRU - Sindiket pengedaran dan penjualan daging sejuk beku tumpas selepas tiga premis perniagaan di daerah ini digempur dengan rampasan pelbagai jenis daging termasuk karkas babi seberat kira-kira 6,702 kilogram (kg) pada Sabtu.Serbuan dijalankan Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman itu bertindak menyerbu tiga premis di sini hasil maklumat dan risikan.Komander WCB, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, operasi dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).Menurutnya, seramai sembilan lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan."Serbuan bertindak merampas 2,630.64 kg karkas babi, daging itik (148.92 kg), daging lembu (35 kg) dan daging ayam (3,888 kg) dengan nilai keseluruhan RM168,758.46."MBJB turut mengenakan kompaun RM1,000 selain tindakan dariada Veterinar di bawah Seksyen 5 Akta Binatang 1953 kerana memiliki atau mengimport karkas babi dari negara yang tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Tambahnya, karkas babi itu dipercayai berasal dari Sepanyol.Tegas Mohd Zaki, pihaknya akan terus memutuskan rangkaian sindiket penyeludupan, pengedaran dan penjualan sejuk beku secara berkesan.
Go to News Site