Collector
Tangan, kaki pengawal keselamatan diikat, 2 trak pikap JKM Tanah Merah dilarikan | Collector
Tangan, kaki pengawal keselamatan diikat, 2 trak pikap JKM Tanah Merah dilarikan
Sinar Harian

Tangan, kaki pengawal keselamatan diikat, 2 trak pikap JKM Tanah Merah dilarikan

TANAH MERAH – Seorang pengawal keselamatan melalui detik cemas apabila sekumpulan lelaki bertopeng bertindak melarikan dua buah trak pikap dalam kejadian samun di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelewek di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, pengawal keselamatan yang bertugas diacukan senjata sebelum tangan dan kakinya diikat oleh suspek.Sumber berkata, kejadian itu disedari selepas seorang petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dari Kolej Komuniti di sini didatangi pengawal keselamatan terbabit untuk meminta bantuan dalam keadaan tangan terikat."Petugas berkenaan kemudian menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah bagi memaklumkan kejadian tersebut."Hasil siasatan awal mendapati suspek terdiri daripada empat hingga lima lelaki yang memakai topeng dan sarung tangan hitam," katanya kepada pemberita.Menurut beliau, mangsa dipercayai diacukan pisau sebelum suspek bertindak mengikat tangan dan kakinya.Ujarnya, suspek telah melarikan dua kenderaan jenis pikap milik JKM iaitu sebuah Mitsubishi Triton berwarna kelabu hitam dan Toyota Fortuner berwarna hitam."Selain itu, suspek turut melarikan dompet mangsa yang mengandungi wang tunai kira-kira RM300, sebuah telefon bimbit serta kunci motosikal," katanya.Sementara itu, Pengarah JKM Kelantan, Che Samsuzuki Che Noh ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.Katanya, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut selain turut melaksanakan siasatan dalaman.

Go to News Site