Sinar Harian
SETIU – Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas pertuduhan memberikan maklumat palsu kepada pihak polis berhubung satu kes penipuan, kira-kira empat tahun lalu.Tertuduh, Shahruldi Mahafiz Ramli, 53, yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju lokap dan bergari bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memberikan maklumat secara lisan yang kemudiannya diturunkan dalam bentuk bertulis menerusi rakaman percakapan kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu.Maklumat tersebut didakwa diberikan dengan niat supaya penjawat awam berkenaan menggunakan kuasanya untuk menjalankan siasatan terhadap seorang individu lain atas dakwaan penipuan, yang mana tindakan itu tidak akan dilakukan sekiranya fakta sebenar diketahui.Kesalahan itu didakwa dilakukan di IPD Setiu kira-kira jam 3 petang pada 4 September 2022.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, tertuduh memohon rayuan agar jumlah jaminan dikurangkan.Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan.Mahkamah turut menetapkan 10 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qayyim Irfan Baharuddin.
Go to News Site