Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang tular dipercayai melakukan cabul di sekitar ibu negara ditahan polis baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek ditahan di hadapan sebuah bank di Jalan Sungai Besi di sini pada 7 April lalu."Kita telah menerima enam laporan berhubung kejadian itu dan menjalankan siasatan berhubung kesalahan mencabul kehormatan."Lelaki itu telah direman selama empat hari bermula 7 April untuk siasatan lanjut sebelum dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.Sebelum itu, rakaman video oleh pengguna jalan raya memaparkan seorang lelaki dikatakan mencabul seorang wanita yang sedang menunggang motosikal.Perkongsian hantaran yang tular itu meminta orang ramai terutama wanita yang menunggang motosikal sendirian atau berjalan kaki berhati-hati dengan lelaki yang didakwa melakukan kegiatan tidak bermoral itu.Hantaran itu mendapat perhatian warganet yang menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan orang ramai terutama wanita.
Go to News Site