Collector
Reman lelaki mengamuk, cuba libas polis dengan pisau dilanjut | Collector
Reman lelaki mengamuk, cuba libas polis dengan pisau dilanjut
Sinar Harian

Reman lelaki mengamuk, cuba libas polis dengan pisau dilanjut

KUALA LANGAT - Suspek yang bertindak ganas mengamuk hingga merosakkan restoran, kenderaan awam selain melibas senjata ke arah anggota polis di Telok Panglima Garang di sini disambung reman sehari lagi sehingga Isnin.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, reman pertama selama empat hari telah tamat pada Ahad."Reman suspek telah dilanjutkan sehari lagi sehingga esok (Isnin) bagi membantu siasatan."Suspek berusia lingkungan 30-an masih berada dalam tahanan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.Tambahnya, ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah.Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, 8 April lepas, sepasukan polis telah digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat seorang lelaki mengamuk di sebuah restoran.Suspek yang bersenjatakan pisau pemotong daging dan sebatang rotan telah memecahkan pelbagai barangan di restoran terbabit dan tiga kenderaan orang awam.Suspek bagaimanapun berjaya diberkas polis di lokasi kejadian.Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca selepas pekerja restoran terbabit meminta suspek melunaskan bayaran hutang makan di premis terbabit.Suspek yang memiliki empat rekod jenayah dan satu dadah itu disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Go to News Site