Collector
Berang cinta ditolak, lelaki pukul bekas teman wanita | Collector
Berang cinta ditolak, lelaki pukul bekas teman wanita
Sinar Harian

Berang cinta ditolak, lelaki pukul bekas teman wanita

KUALA LUMPUR - Berang pelawaan untuk menjalin semula hubungan cinta ditolak, seorang lelaki bertindak mencederakan bekas teman wanitanya menggunakan sebatang tongkat dalam kejadian di Desa Tun Razak di sini.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, laporan kejadian diterima pihaknya pada 30 Mac lalu.Menurutnya, mangsa iaitu wanita tempatan berusia 36 tahun telah diserang oleh bekas teman lelakinya ketika sedang berbincang mengenai hubungan mereka."Siasatan awal mendapati suspek berang apabila mangsa menolak pelawaan untuk menjalin semula hubungan cinta," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, susulan itu, polis telah menahan lelaki berusia 34 tahun terbabit dan merampas sebatang tongkat jenama Approximate Patient Height berukuran 123 sentimeter (cm) yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.Katanya, suspek telah direman dua hari untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan sebelum diberi jamin polis pada 2 April."Kertas siasatan telah dilengkapkan dan akan ditaklimatkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 12 April untuk arahan lanjut," ujarnya.

Go to News Site