Sinar Harian
KUANTAN - Agihan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu dilaksanakan secara menyeluruh tanpa mengira blok politik bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar berkata, setakat ini blok pembangkang masih belum menerima makluman rasmi berhubung mekanisme agihan peruntukan RM15,000 seminggu yang diumumkan kerajaan."Sama ada bila disebut ADUN itu merujuk kepada semua ADUN dan kita jangkakan bagi kawasan pembangkang mungkin tidak disalurkan kepada ADUN pembangkang, sebaliknya melalui penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN)."Cuma kita mengharapkan agihan itu dibuat secara menyeluruh termasuk kepada ADUN pembangkang."Tapi, jika benar ia tidak diberikan maka benarlah kami ini dianggap 'anak tiri'," katanya ketika ditemui pada Jamuan Aidilfitri 1447H Pas DUN Tanjung Lumpur di Pantai Anak Air di sini pada Ahad.Terdahulu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilaporkan berkata, kerajaan negeri mengambil langkah proaktif bagi meringankan beban rakyat susulan isu harga minyak dan subsidi.Beliau memaklumkan peruntukan RM15,000 seminggu disalurkan kepada semua wakil rakyat bagi membeli barangan asas untuk diagihkan kepada rakyat.Mengulas lanjut, ADUN Tanjung Lumpur memberitahu, peruntukan berkenaan difahamkan diperkenalkan susulan kegawatan geopolitik di Asia Tengah yang memberi kesan kepada keadaan ekonomi dan kos sara hidup semasa.Ujar beliau, namun ketidakseimbangan dalam agihan peruntukan boleh memberi kesan persepsi dalam kalangan rakyat terhadap peranan wakil rakyat di kawasan masing-masing."Nanti rakyat keliru dan mereka anggap kita sebagai ADUN turut menerima peruntukan, sedangkan masyarakat kini berdepan kenaikan kos hidup dan semua terkesan."Jika bantuan itu tidak disampaikan maknanya ada benda yang tak kena, tidakkah perkara tu menyebabkan terasa blok pembangkang ni seperti macam anak tiri?"Kalau sebelum ini pun peruntukan tidak diberikan, hanya melibatkan peruntukan kecil melalui Jabatan Daerah dan pusat khidmat ADUN," katanya.Dalam pada itu, Rosli menegaskan pihaknya tetap akan meneruskan usaha membantu rakyat di kawasan masing-masing walaupun berdepan kekangan peruntukan."Walau apa pun, kita akan berusaha sedaya upaya untuk bantu rakyat dengan kemampuan yang ada," katanya.Menjawab mengenai perkembangan politik di Parlimen Indera Mahkota, Rosli berkata pengumuman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang menamakan Datuk Ahmad Farhan Fauzi sebagai calon kawasan itu merupakan perkembangan awal menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Menurutnya, kawasan berkenaan merupakan kerusi strategik yang memerlukan gerak kerja akar umbi yang tersusun serta kekuatan jentera parti."Rakyat lebih melihat siapa daripada kalangan individu yang betul-betul membantu rakyat dan sebagainya." katanya.Pada Jumaat, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang parti itu mengakui beliau telah diamanahkan oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU16.Beliau menyifatkan amanah itu sebagai tanggungjawab besar serta cabaran untuk memastikan kemenangan semula PKR di kerusi berkenaan.Pada PRU15, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Indera Mahkota yang disandangnya dengan majoriti 8,399 undi serta menewaskan tiga pencabarnya daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Pejuang.Saifuddin menyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota sejak 2018, ketika bersama PKR dan kemudian mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Go to News Site