Collector
Polis rakam keterangan remaja baling batu dari tingkat 13 | Collector
Polis rakam keterangan remaja baling batu dari tingkat 13
Sinar Harian

Polis rakam keterangan remaja baling batu dari tingkat 13

KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai membaling batu dari tingkat 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia di sini.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, remaja berkenaan bersama ibu bapanya telah hadir ke balai polis bagi membantu siasatan kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu."Polis telah mengambil keterangan remaja terbabit."Laporan diterima pihak polis pada Jumaat daripada Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Sri Malaysia berkenaan isu itu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Mohd Rosdi berkata, siasatan awal mendapati remaja terbabit dipercayai telah membaling batu dan kerusi plastik di kawasan blok perumahan tersebut hingga menimbulkan kegusaran serta kebimbangan keselamatan penduduk setempat.Jelasnya, Pasukan Task Force Balai Polis Salak Selatan Baru telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan lanjut."Pihak polis mengesahkan tiada sebarang kecederaan dialami oleh mana-mana individu dalam insiden ini," ujarnya.Sebelum itu, tular perbuatan remaja terbabit dipercayai dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kediaman berkenaan.

Go to News Site