Collector
Legenda muzik India Asha Bhosle meninggal dunia | Collector
Legenda muzik India Asha Bhosle meninggal dunia
Sinar Harian

Legenda muzik India Asha Bhosle meninggal dunia

DUNIA muzik India kehilangan seorang ikon apabila penyanyi legenda, Asha Bhosle, dilaporkan meninggal dunia pada usia 92 tahun, sekali gus menutup tirai perjalanan seni yang luar biasa dan berpengaruh selama beberapa dekad.Mendiang dimasukkan ke Hospital Breach Candy pada 11 April selepas mengalami masalah jantung dan pernafasan yang serius.Keadaan kesihatannya dilaporkan merosot sejak beberapa bulan lalu sebelum menjadi kritikal ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.Beliau kemudiannya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada malam sama.Anaknya, Anand Bhosle, mengesahkan pemergian beliau pada tengah hari 12 April, manakala upacara pengebumian dijadualkan berlangsung pada 13 April.Ikon suara yang membentuk muzik IndiaDilahirkan pada 1933 dalam keluarga Mangeshkar, mendiang Asha Bhosle memulakan kerjaya nyanyian seawal usia sembilan tahun dan merakam lagu filem pertamanya pada 1943.Sepanjang kerjayanya, beliau muncul sebagai antara suara paling berpengaruh dalam industri muzik filem India, merentasi pelbagai genre dan generasi.Beliau juga merupakan adik kepada penyanyi legenda, Lata Mangeshkar, dengan kedua-duanya dianggap sebagai tonggak utama dalam dunia nyanyian latar (playback singing) di India.Jika Lata dikenali dengan gaya nyanyian yang lembut dan klasik, Asha pula mencipta identitinya sendiri melalui pendekatan berani, versatil dan eksperimen dalam pelbagai jenis lagu.Pada peringkat awal kerjaya, mendiang sering diberikan lagu-lagu berentak kabaret dan tarian yang ketika itu dianggap kurang berprestij.Namun, beliau berjaya mengubah persepsi tersebut dengan membawakan setiap lagu dengan gaya tersendiri.Keupayaan beliau turut terserlah dalam filem Umrao Jaan yang menampilkan sisi klasiknya, manakala lagu Mera Kuch Saamaan daripada filem Ijaazat memperlihatkan kedalaman emosi yang luar biasa.Sepanjang kariernya, mendiang memenangi tujuh Anugerah Penyanyi Playback Wanita Terbaik Filmfare serta dua Anugerah Filem Kebangsaan India.Walaupun usia semakin meningkat, mendiang Asha Bhosle kekal aktif dan terus menunjukkan minat mendalam terhadap muzik, menjadikannya simbol kreativiti yang tidak pernah pudar.Pemergian beliau bukan sahaja dirasai oleh peminat di India, malah di seluruh dunia yang membesar dengan lagu-lagu nyanyiannya.Legasi yang ditinggalkan bukan sekadar karya, tetapi suara yang pernah mengiringi pelbagai detik kehidupan – daripada kegembiraan hingga kesedihan – dan akan terus dikenang sepanjang zaman.-Agensi

Go to News Site