Sinar Harian
SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa pengusaha bas dan van sekolah berdaftar layak memohon subsidi bahan api melalui sistem sedia ada.Menurutnya, kenderaan berkenaan termasuk dalam kategori pengangkutan darat awam yang disenaraikan di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS)."Untuk makluman, bas dan van sekolah adalah dalam senarai pengangkutan darat awam yang layak memohon subsidi petrol dan diesel melalui sistem SKPS dan SKDS."Semak kelayakan dan mohon melalui portal https://mysubsidi.kpdn.gov.my," jelasnya menerusi hantaran komen Facebook akaun KPDN Laman Rasmi pada Ahad.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kira-kira 2,000 pengusaha bas sekolah berdaftar (van) dijangka menaikkan kadar tambang seawal bulan depan berikutan kelewatan menerima kemudahan kad fleet di bawah SKPS.Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia memaklumkan kebanyakan pengusaha kini bergantung kepada kuota subsidi di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) bagi menampung operasi harian.
Go to News Site