Collector
KPM zahir takziah, sedia bantu keluarga pelajar maut dirempuh kereta | Collector
KPM zahir takziah, sedia bantu keluarga pelajar maut dirempuh kereta
Sinar Harian

KPM zahir takziah, sedia bantu keluarga pelajar maut dirempuh kereta

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan rasa dukacita serta merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar Tingkatan Satu yang maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada Ahad.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya turut mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat berkenaan."KPM sedang menguruskan bantuan terbaik kepada keluarga Allahyarhamah. Aspek kebajikan dan kesejahteraan akan terus diberi perhatian," katanya pada Ahad.KPM turut memaklumkan, kejadian tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa selain siasatan dalaman telah dimulakan bagi meneliti pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan.Dalam pada itu, semua institusi pendidikan di bawah kelolaan kementerian berkenaan diingatkan supaya memastikan aspek keselamatan murid, guru serta seluruh warga sekolah sentiasa terpelihara.

Go to News Site