Collector
Palsukan dokumen bekas isteri boleh dipenjara 20 tahun | Collector
Palsukan dokumen bekas isteri boleh dipenjara 20 tahun
Sinar Harian

Palsukan dokumen bekas isteri boleh dipenjara 20 tahun

SHAH ALAM - Individu yang memalsukan dokumen pihak lain termasuk bekas isteri bagi tujuan penipuan pinjaman bank boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika didapati bersalah.Peguam, Ng Xin Ru berkata, perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 467 dan Seksyen 471 kanun keseksaan iaitu pemalsuan dokumen berharga serta menggunakan dokumen palsu sebagai tulen."Mana-mana individu yang berdepan dengan kemungkinan wujud situasi di mana bekas pasangan telah memalsukan dokumen kepada pihak bank atau kepada peminjam duit berlesen hendaklah segera bertindak."Antara tindakan awal yang boleh diambil adalah dengan mendapatkan segala dokumen yang telah dikemukakan kepada pihak bank atau pihak peminjam wang berlesen."Sekiranya dapati dokumen tersebut telah dipalsukan, pihak tersebut harus membuat suatu laporan polis dengan segera," jelasnya kepada Sinar Harian pada Ahad.Mengenai langkah yang wajar diambil bagi melindungi diri selepas bercerai, Xin Ru berkata, bekas isteri jangan sesekali menandatangani sebarang cek kosong atau dokumen tanpa membaca dan meneliti dokumen tersebut.Ujarnya, setiap individu juga perlu mengelak daripada memberikan salinan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan atau maklumat bank kepada mana-mana pihak.Sementara itu, seorang lagi peguam, KK Baraneetharan pula berkata, bukti paling penting yang boleh membantu mangsa membuktikan mereka tidak bersalah adalah dengan mengemukakan penyata akaun bank."Penyata akaun tersebut boleh membuktikan bahawa tidak ada duit pinjaman masuk ke dalam akaun bank mangsa, juga akan menunjukkan transaksi sekiranya ada yang dibuat oleh bekas suami tanpa izin," katanya.Selain itu, katanya, rekod perbualan mangsa dengan orang-orang yang membuat panggilan melalui telefon juga harus ditunjukkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan mereka.

Go to News Site