Sinar Harian
SHAH ALAM - Wanita yang menjadi mangsa penderaan kewangan selepas perkahwinan terlerai disarankan supaya berani memutuskan hubungan sebagai langkah penting untuk bangkit semula dan membina kehidupan lebih stabil.Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Saad berkata, wanita perlu memahami bahawa apa yang berlaku adalah bentuk trauma berpanjangan dan bukan kelemahan diri."Untuk kekal bersemangat, mereka perlu membina semula sempadan emosi dan psikologi dengan bekas pasangan, termasuk berani memutuskan hubungan yang tidak perlu," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Beliau bagaimanapun berkata, sokongan sosial daripada keluarga, rakan dan komuniti amat penting dalam membantu menguatkan daya tahan diri.Ujarnya, intervensi profesional seperti kaunseling turut memainkan peranan besar dalam membantu wanita memproses trauma, membina semula harga diri serta mempelajari strategi mengurus tekanan dengan lebih berkesan."Fokus utama ialah mengalihkan semula kawalan hidup kepada diri sendiri. Perlu keluar daripada peranan sebagai mangsa keadaan kepada individu yang berdaya dan mempunyai hala tuju hidup yang jelas," katanya.
Go to News Site