Sinar Harian
KOTA BHARU - Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin perlu memohon sebagai ahli Pas terlebih dahulu sekiranya mahu menyertai parti itu.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya terbuka menerima sesiapa sahaja untuk menjadi ahli termasuk bekas ketua pembangkang itu.Bagaimanapun katanya, kemasukan itu perlu mengikut prosedur ditetapkan."Hamzah kena memohon dahulu barulah kita buat keputusan. Itu, merupakan prosedur biasa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Bharu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong di sini pada Ahad.Menurut beliau, Pas masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Hamzah buat masa ini.Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, Pas telah menerima lebih daripada 2,000 ahli baharuUjarnya, ahli baharu tersebut ada yang terdiri daripada pesara kerajaan berpangkat Ketua Pengarah dan Pegawai Kanan.Sinar Harian 5 April lalu melaporkan, Hamzah masih berteka-teki mengenai status 'rumah baharu' yang bakal diumumkan malah turut memberi bayangan bahawa wadah politik tersebut mungkin sebuah parti sedia ada yang kini berada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menjelaskan, kekeliruan timbul apabila beliau menggunakan istilah 'rumah baharu', sedangkan ia tidak semestinya merujuk kepada sebuah parti yang baru ditubuhkan.
Go to News Site