Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti pemandu kenderaan jenis Perodua Axia yang dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari membabitkan seorang anggota trafik di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini pada Jumaat.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa bagaimanapun berkata, pengesahan lanjut masih dijalankan dan usaha mengesan individu terbabit sedang giat dilakukan."Sudah dikenal pasti (pemandu), namun pengesahan lanjut masih dijalankan dan dalam proses mengesan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.Pada Ahad, media melaporkan bahawa dalam kejadian kira-kira jam 10.47 malam Jumaat, mangsa yang merupakan Konstabel Roslan Salleh, 27, sedang menjalankan tugas mengawal lalu lintas di kawasan petak kuning sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan.Pemandu kenderaan terbabit bertindak melarikan diri tanpa berhenti untuk memberikan bantuan kepada mangsa.Mohd. Zamzuri dilaporkan berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan termasuk luka di tapak tangan kanan dan belakang kepala selain sakit di bahagian rusuk.Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menerima rawatan lanjut.Tambahnya, siasatan masih diteruskan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian serta kawasan sekitar bagi membantu mengesan suspek.Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Go to News Site