Sinar Harian
KOTA BHARU – Guru yang dipercayai melanggar seorang pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, di sini, pada Ahad direman selama dua hari.Perintah tahanan reman ke atas wanita berusia 57 tahun itu bermula pada Isnin dan dikeluarkan oleh Majistret Wan Mohd. I’zzat Wan Abdullah.Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Terdahulu, guru berkenaan tiba di mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman pada jam 8.40 pagi.Dia yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di mahkamah dengan menaiki trak Polis Diraja Malaysia (PDRM).Sebelum itu, Sinar Harian pada Ahad melaporkan bahawa seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini pada Ahad.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Go to News Site