Collector
'ICQS buka seawal jam 6 pagi, tiada alasan guna pangkalan haram ke sekolah' - KP Kelantan | Collector
'ICQS buka seawal jam 6 pagi, tiada alasan guna pangkalan haram ke sekolah' - KP Kelantan
Sinar Harian

'ICQS buka seawal jam 6 pagi, tiada alasan guna pangkalan haram ke sekolah' - KP Kelantan

KOTA BHARU – "Gunalah laluan yang sah. ICQS sekarang buka seawal jam 6 pagi, bukan lagi jam 7 pagi seperti sebelum ini."Demikian tegas Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkenaan 34 pelajar ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas dikesan menyeberangi Sungai Golok dari Thailand ke Rantau Panjang melalui pangkalan haram untuk ke sekolah.Menurut beliau, walaupun mereka mempunyai MyKad tetapi jika tinggal di sebelah Thailand dan masuk secara haram, ia tetap salah di sisi undang-undang.Ujarnya, perbuatan melintas sempadan melalui laluan haram boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen."Walaupun individu terbabit memiliki kad pengenalan Malaysia, tindakan memasuki negara melalui laluan tidak sah tetap merupakan satu kesalahan serius."Kita sudah tutup semua pangkalan haram sejak 1 Disember 2024 dan perkara ini telah dipersetujui kerajaan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Mohd Yusoff memberitahu bahawa isu melibatkan pelajar sebenarnya telah diselesaikan sejak awal pelaksanaan penutupan laluan haram melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Ujar beliau, dalam tempoh tiga bulan pertama, pihaknya sudah menyelesaikan isu melibatkan pelajar."Setahun lebih tiada masalah, tetapi sekarang timbul semula."Kita dapati ada segelintir pihak cuba mencetuskan provokasi terhadap undang-undang sedia ada," katanya.Mengulas dakwaan bahawa tindakan penguatkuasaan memberi tekanan kepada pelajar, beliau menafikan perkara tersebut, sebaliknya menegaskan ia bertujuan mendidik."Kita kumpulkan mereka dan beri taklimat tentang apa yang boleh dan tidak boleh dibuat. Ini lebih kepada pendidikan supaya mereka faham peraturan," katanya.Sehubungan itu, Mohd. Yusoff berharap semua pihak termasuk pelajar dan penduduk di kawasan sempadan mengambil iktibar daripada insiden berkenaan.Beliau berkata, pelajar atau orang tempatan, jika mahu ke Thailand atau kembali ke Malaysia, wajib menggunakan laluan sah."Patuhi undang-undang negara," tegasnya.Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa 34 pelajar yang ditahan kerana dipercayai melintas sempadan Malaysia-Thailand melalui laluan tidak sah dibebaskan dengan jaminan polis pada malam Ahad.Ujarnya, kesemua mereka dibebaskan kira-kira jam 10 malam selepas proses dokumentasi dan rakaman keterangan selesai.Menurut Mohd Yusoff, tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan selain memberi peluang kepada penjamin tampil membantu."Semua sekali kita jamin malam tadi. Kita ambil keterangan dan tunggu penjamin datang, jadi proses sedikit lewat tetapi tidak melebihi jam 4 pagi," katanya.

Go to News Site