Collector
Tangguh PRN Melaka, Johor sehingga keadaan tenang - Ahmad Maslan | Collector
Tangguh PRN Melaka, Johor sehingga keadaan tenang - Ahmad Maslan
Sinar Harian

Tangguh PRN Melaka, Johor sehingga keadaan tenang - Ahmad Maslan

JOHOR BAHRU - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang hangat diperkatakan akan diadakan tahun ini perlu ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi susulan krisis geopolitik Asia Barat kembali stabil.Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ketidaktentuan geopolitik semasa memberi tekanan kos sara hidup yang masih dirasai rakyat, termasuk isu harga bahan api dan barangan keperluan."Keputusan mengadakan pilihan raya ketika rakyat berdepan kesukaran bukan langkah yang sesuai."Walaupun Johor menyediakan pelbagai inisiatif, kerajaan negeri masih tidak dapat mengawal harga diesel. Tidak logik kalau hendak buat pilihan raya minggu depan," katanya.Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Pejabat Jurutera Daerah Kulai, pada Isnin.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO cadangan berkenaan dibawa dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 17 April di Melaka."(Kita mahu adakan) pilihan raya dengan tenangkan? Keadaan tidak tenang (sekarang ini) Saya akan memberi cadangan kepada MKT UMNO yang akan dibuat di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka pada Jumaat ini."Jadi saya akan mengesyorkan supaya (ditangguhkan). Maka PRN Melaka dan PRN Johor perlu difikirkan, tarikh yang paling strategik. Saya akan mencadangkan kepada MKT nanti," katanya.Katanya, PRN Melaka akan tamat mandat pada November ini manakala PRN Johor pula tamat mandat pada tahun depan.

Go to News Site