Collector
Polis kesan ‘Imran’ bantu siasatan kes penipuan | Collector
Polis kesan ‘Imran’ bantu siasatan kes penipuan
Sinar Harian

Polis kesan ‘Imran’ bantu siasatan kes penipuan

SHAH ALAM – Polis Selangor sedang mengesan seorang individu dikenali sebagai Imran bagi membantu siasatan lanjut berkaitan kes penipuan membabitkan perkhidmatan pelancongan yang tular di media sosial.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan susulan laporan diterima berhubung kes tersebut.Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana disyaki melibatkan unsur penipuan."Bagi penama tersebut, di Selangor dikesan ada satu laporan telah dibuat dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan."Pada masa yang sama, kita sedang berusaha untuk melengkapkan siasatan tersebut termasuk mengesan individu berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Isnin.Beliau berkata bahawa pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial turut menjalankan usaha mengumpul maklumat berkaitan kes berkenaan."Butiran diri individu terbabit telah dikenal pasti dan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sedang berusaha melengkapkan siasatan," ujarnya.Shazeli turut memaklumkan bahawa pihak polis menerima maklumat kes berkenaan melibatkan beberapa negeri lain, sekali gus memerlukan penelitian menyeluruh."Kami terima laporan dan maklumat melibatkan beberapa negeri lain juga," katanya.Dalam perkembangan sama, beliau turut mengulas berkaitan satu laporan berasingan melibatkan dakwaan salah guna identiti oleh bekas pasangan, namun enggan mengulas lanjut."Saya tidak akan ulas perkara tersebut kerana siasatan masih berjalan dan ia turut melibatkan beberapa kontinjen lain."Tidak adil untuk saya membuat sebarang ulasan lanjut ketika ini," katanya.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bahawa seorang wanita mendakwa identitinya terus digunakan untuk urusan hutang oleh suspek yang juga merupakan bekas suaminya tanpa pengetahuan.Dalam pada itu, kes penipuan melibatkan individu dikenali sebagai Imran Koyube turut mendapat perhatian selepas pendedahan tular di media sosial.Menerusi hantaran tersebut, suspek didakwa pernah terlibat dalam kegiatan penipuan sebelum ini sebelum kembali aktif menggunakan identiti dan nama agensi berbeza.Individu berkenaan mendakwa bahawa suspek kini dipercayai menggunakan nama lain bagi menjalankan kegiatan tersebut dengan menyasarkan pelanggan perkhidmatan pelancongan.Dakwa individu berkenaan, terdapat juga mangsa lain yang terkesan termasuk rakan yang terpaksa menjual barang kemas bagi memulangkan wang pelanggan selepas terlibat dengan urusan agensi terbabit.Hantaran tersebut turut mendakwa bahawa suspek menggunakan latar belakang agama bagi meraih kepercayaan mangsa.

Go to News Site