Collector
Cubaan pertama lima 'keldai dadah' gagal di KLIA | Collector
Cubaan pertama lima 'keldai dadah' gagal di KLIA
Sinar Harian

Cubaan pertama lima 'keldai dadah' gagal di KLIA

SHAH ALAM – Cubaan kali pertama lima individu yang dipercayai bertindak sebagai ‘keldai dadah’ untuk menyeludup bahan terlarang itu ke dalam dan luar negara gagal apabila diberkas dalam beberapa siri operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kesemua suspek dipercayai dijanjikan ganjaran lumayan bagi membawa masuk dan keluar dadah, namun kegiatan mereka berjaya dipatahkan hasil risikan serta operasi bersepadu pihak polis.Menurutnya, operasi yang dijalankan bermula 30 Mac hingga 8 April itu melibatkan kerjasama antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor dan Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)."Dalam tempoh tersebut, kita berjaya menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah di beberapa lokasi berasingan sekitar KLIA Sepang."Seramai empat suspek tempatan berusia antara 19 hingga 37 tahun berjaya ditahan, melibatkan sindiket yang menyasarkan pasaran antarabangsa serta tempatan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Isnin.Mengulas lanjut, beliau berkata, kes pertama melibatkan tangkapan seorang wanita tempatan berusia 19 tahun pada 5 April lalu di kawasan parkir kenderaan sekitar KLIA."Suspek yang bekerja sebagai jurujual pakaian itu ditahan bersama sebuah bagasi mengandungi 12 bungkusan plastik berisi dadah disyaki syabu seberat 12.5 kilogram."Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.Beliau berkata, nilai rampasan bagi kes tersebut dianggarkan RM625,000 dan dipercayai untuk edaran pasaran tempatan.Katanya, suspek kini direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Dalam perkembangan sama, Shazeli berkata, kes kedua melibatkan rampasan tiga bagasi yang mengandungi 90 bungkusan plastik berisi dadah jenis bunga ganja dengan anggaran berat 45 kilogram pada 6 April lalu."Bagasi berkenaan dikesan oleh Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad sebelum pemeriksaan lanjut oleh JSJN KLIA."Susulan itu, pada 8 April, tiga lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 37 tahun berjaya ditahan di Terminal 1 KLIA," katanya.Menurutnya, suspek pertama bekerja sebagai juruteknik teknologi maklumat (IT), manakala dua lagi bekerja sebagai pengawal keselamatan."Ujian air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine."Suspek pertama mempunyai empat rekod lampau, manakala suspek kedua mempunyai enam rekod lampau dan suspek ketiga tiada rekod," katanya.Beliau berkata, nilai rampasan bagi kes ini dianggarkan RM3.6 juta dan dipercayai untuk pasaran luar negara."Turut disita wang tunai sebanyak 190 pound sterling atau kira-kira RM1,000 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988," katanya.Kesemua suspek kini direman dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Mengulas kes ketiga, beliau berkata, ia melibatkan rampasan tanpa tangkapan pada 30 Mac lalu."Polis Bantuan KLIA mengesan sebuah bagasi yang mengandungi 23 bungkusan plastik berisi syabu dengan anggaran berat 24.5 kilogram ketika proses imbasan."Namun, pemilik bagasi bertindak melarikan diri selepas menyedari bagasi tersebut ditahan dan tidak menaiki penerbangan yang dijadualkan," katanya.Beliau berkata, nilai rampasan dianggarkan RM1.225 juta dan dipercayai untuk pasaran tempatan."Maklumat suspek yang melarikan diri telah dikenal pasti dan pihak polis memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya.Dalam pada itu, Shazeli berkata, keseluruhan rampasan dadah dalam tiga kes tersebut dianggarkan mampu dibekalkan kepada kira-kira 273,000 penagih."PDRM Selangor mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang menyalurkan maklumat dan menggesa kerjasama berterusan dalam memerangi penyalahgunaan serta pengedaran dadah," katanya.

Go to News Site