Collector
Van NGO bawa puluhan kucing, anjing terbalik | Collector
Van NGO bawa puluhan kucing, anjing terbalik
Sinar Harian

Van NGO bawa puluhan kucing, anjing terbalik

REMBAU - Sebuah van membawa puluhan kucing dan anjing terbabit kemalangan di Kilometer 222.7 (utara), Lebuhraya Utara- Selatan di sini pada Ahad.Kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu berlaku, ketika van pertubuhan bukan kerajaan (NGO) penyelamat haiwan yang membawa 20 ekor kucing dan lima anjing terbabit dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur.Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah van."Lori jenis Hino itu dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun dari Johor menghala ke Perak dan difahamkan berada di lorong kiri."Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti dari lorong tengah secara tiba-tiba masuk ke lorong kiri di hadapan lori berkenaan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Menurutnya, lori itu telah mengelak ke kiri jalan dan masuk ke lorong kecemasan l lalu melanggar bahagian belakang sebuah van jenis Nissan Urvan yang dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun.Jelas beliau, van tersebut dikatakan sedang berhenti di lorong kecemasan akibat masalah teknikal dan menunggu bantuan pihak lebuh raya."Kesan pelanggaran berkenaan menyebabkan van bergerak ke hadapan sebelum terbalik ke dalam parit di sebelah kiri jalan."Akibatnya, dua penumpang wanita berusia 33 dan 41 tahun mengalami cedera ringan dan diberi rawatan di pesakit luar Hospital Rembau," katanya.Azmi berkata, siasatan mendapati, van berkenaan adalah daripada Persatuan Pasukan Penyelamat dan Pemuliharaan Haiwan Shikin.Tambahnya, NGO terbabit membawa muatan 20 kucing dan lima anjing dari Melaka menuju ke sebuah pusat beli-belah di ibu negara bagi menghadiri acara 'Oh My Pet! Expo'."Hasil pemeriksaan turut mendapati dua kucing dan seekor anjing mati akibat kemalangan ini," katanya.

Go to News Site