Collector
Dikecam berbaju Melayu, Dominic cuba pula imej budaya Cina | Collector
Dikecam berbaju Melayu, Dominic cuba pula imej budaya Cina
Sinar Harian

Dikecam berbaju Melayu, Dominic cuba pula imej budaya Cina

SHAH ALAM - Selepas penampilannya berbaju Melayu dan bersongkok ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dikritik, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau tampil membuat eksperimen ketika menghadiri acara sama anjuran Pas pada Ahad.Menurut Dominic, beliau memilih untuk memakai pakaian tradisional Cina dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas yang berlangsung di Melaka bagi melihat reaksi ramai terhadap penampilannya itu."Hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Pas, saya pilih untuk memakai pakaian tradisional Cina. Kenapa? Sebab sebelum ini, bila saya pakai pakaian tradisional Melayu dan bersongkok, ada pihak yang menyerang dan mempersoalkan saya habis-habisan."Apa jadi kali ini? Tiada lagi yang menyerang isu pakaian. Apa maksudnya? Bukan sebab pakai pakaian Cina itu 'betul' dan bukan juga pakai pakaian Melayu itu 'salah'. Tetapi bila ada pihak yang memang mahu menyerang, apa sahaja yang kita pakai pun boleh dijadikan alasan," katanya menerusi hantaran di media sosial.Dominic berkata, melihat akan perkembangan terbaharu itu, beliau mendakwa kritikan di media sosial terhadap dirinya sebelum ini jelas bukan suara rakyat tetapi gerakkan terancang yang dibuat lawan politiknya.Ujarnya, kumpulan yang mempunyai kepentingan itu tidak melihat usaha yang dibuat tetapi lebih untuk mencari kesalahan semata-mata."Kita pakai pakaian Melayu kata kita berlakon. Kita pakai pakaian Cina, cari alasan lain untuk serang. Kita turun padang kata kita nak ambil hati. Kita tak pergi kata kita sombong dan jauh dari rakyat."Kesimpulannya, Mereka bukan mencari kebenaran mereka hanya mahu menyerang. Tetapi saya lebih percaya apa yang saya lihat sendiri di lapangan," katanya.Beliau menambah, penilaian orang ramai terhadap pemimpin atau rakyat biasa bukan diukur dengan pakaian semata-mata tetapi mengambil kira cara berkomunikasi dan saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa serta agama.

Go to News Site