Collector
Kes hasutan dihadapi Muhyiddin bermula November depan | Collector
Kes hasutan dihadapi Muhyiddin bermula November depan
Sinar Harian

Kes hasutan dihadapi Muhyiddin bermula November depan

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang didakwa menyebut perkataan berunsur hasutan ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, ditetapkan berlangsung selama enam hari bermula November depan.Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tarikh perbicaraan pada 3 hingga 5 serta 11 hingga 13 November di hadapan Hakim Datuk Aslam Zainuddin.Semasa prosiding, peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ahli Parlimen Pagoh berusia 79 tahun itu memohon agar perbicaraan ditetapkan selepas September bagi memberi laluan kepada satu lagi kes membabitkan anak guamnya."Ini akan membolehkan kes lain iaitu berkaitan Jana Wibawa dihadapi anak guam saya, didengar terlebih dahulu."Kes berkenaan dijalankan di hadapan Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin dan dijangka selesai September ini," katanya.Beliau kemudian memohon pihak pendakwaan menyerahkan senarai saksi dan pernyataan bertulis kepada pembelaan.Pada prosiding berkenaan, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Hazmi Mohd Saad dan Nadia Mohd Izhar.Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri di Dewan Semai Bakti Felda Perasu, antara jam 10.30 hingga 11.50 malam pada 14 Ogos 2024.Kenyataan menghasut itu berkaitan dakwaan beliau tidak dijemput Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 ahli Parlimen pada masa itu.Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Go to News Site