Collector
KPM peruntuk RM100,000 baik pulih SMU(A) Darul Ulum Al-Muhammadiah | Collector
KPM peruntuk RM100,000 baik pulih SMU(A) Darul Ulum Al-Muhammadiah
Sinar Harian

KPM peruntuk RM100,000 baik pulih SMU(A) Darul Ulum Al-Muhammadiah

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju untuk menyalurkan peruntukan segera berjumlah RM100,000 bagi kerja-kerja pembersihan dan pembaikan asas susulan insiden kebakaran di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Kampung Kolam, Pak Badol, Kelantan.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bantuan yang diperuntukkan termasuk untuk pendawaian elektrik dan penyambungan bekalan air di sekolah bagi membolehkan sekolah beroperasi semula."Beberapa langkah segera telah diambil bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah terpelihara. Premis sekolah juga telah dikosongkan bagi membolehkan penilaian keselamatan dijalankan."Guru dan murid melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sepanjang minggu ini," katanya dalam kenyataan media pada Isnin.Pada Ahad, media melaporkan bahawa tiga buah blok bangunan iaitu blok akademik, bilik penyelia dan asrama pelajar lelaki di sekolah tersebut musnah dalam kebakaran.Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.Ekoran kejadian berkenaan, Fadhlina berkata, pasukan kaunselor dari JPN Kelantan digerakkan bagi mengadakan program sokongan psikososial di sekolah itu."Program ini dilaksanakan kepada semua murid, guru dan warga sekolah yang terjejas," ujarnya.

Go to News Site