Collector
Kes penipuan dalam talian naik mendadak, polis perhebat operasi | Collector
Kes penipuan dalam talian naik mendadak, polis perhebat operasi
Sinar Harian

Kes penipuan dalam talian naik mendadak, polis perhebat operasi

SHAH ALAM – Kes jenayah komersial yang melibatkan penipuan dalam talian menunjukkan peningkatan yang mendadak kebelakangan ini di negeri ini.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar bagaimanapun tidak menyatakan jumlah keseluruhan statistik kes yang direkodkan setakat ini.Menurut beliau, peningkatan itu mendorong pihak polis mempergiatkan operasi bagi mengekang kegiatan sindiket yang semakin agresif memperdaya mangsa melalui pelbagai helah."Sehubungan itu, polis menyeru masyarakat agar terus bekerjasama dengan menyalurkan maklumat bagi membantu usaha membanteras jenayah ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Isnin.Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam serbuan di Kampung Tunku, Petaling Jaya pada 9 April lalu."Serbuan kira-kira jam 10 malam oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berjaya menahan lapan individu terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan tujuh lelaki warga asing."Kesemua suspek berusia antara 23 hingga 41 tahun," katanya.Menurutnya, polis turut merampas dua unit komputer riba, satu monitor, satu unit CPU, satu router, satu modem, 12 telefon bimbit serta seutas jam tangan dengan nilai rampasan dianggarkan RM70,000."Siasatan awal mendapati sindiket ini mula beroperasi sejak Mac 2026 dengan menyasarkan warganegara China sebagai mangsa."Tujuh warga asing berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan yang mencari mangsa dan memujuk mereka melabur dalam platform dalam talian dengan menjanjikan pulangan tinggi," katanya.Beliau berkata, mangsa yang terpedaya kemudian akan dikendalikan oleh ahli sindiket lain sehingga mengalami kerugian.Dalam operasi berasingan di Seri Kembangan pada 8 April lalu, polis turut menumpaskan satu sindiket 'calling center' yang menjalankan penipuan tawaran kerja sambilan atau job scam."Serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPD Serdang dengan kerjasama pakar analisis media sosial berjaya menahan sembilan individu."Mereka terdiri daripada seorang lelaki tempatan, tiga wanita dan lima lelaki warga asing berusia antara 20 hingga 44 tahun," katanya.Menurut beliau, pihaknya merampas enam komputer riba, 16 telefon bimbit, lima modem serta satu kunci rumah bersama alat kawalan jauh."Sindiket ini dipercayai beroperasi selama dua bulan dengan menggunakan rangkaian internet tempatan."Modus operandi mereka adalah mengiklankan tawaran kerja sambilan di media sosial setiap hari sebelum menghubungi mangsa dan meminta maklumat peribadi termasuk nombor telefon serta akaun media sosial," katanya.Tambah beliau, kes turut disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan, manakala semua suspek direman bagi membantu siasatan."Polis merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat sehingga tertumpasnya sindiket-sindiket ini," katanya.

Go to News Site