Collector
Kehilangan tragik tokoh perundangan Pulau Pinang | Collector
Kehilangan tragik tokoh perundangan Pulau Pinang
Sinar Harian

Kehilangan tragik tokoh perundangan Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Pemergian seorang peguam kanan terkenal Pulau Pinang, Datuk San Markan Ganapathi, 88, disifatkan sebagai kehilangan besar kepada komuniti perundangan negeri ini.Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, mendiang merupakan figura yang amat dihormati dan sering menjadi rujukan dalam kalangan pengamal undang-undang.Menurutnya, mendiang yang juga rakan rapat kepada Tan Sri Lim Kit Siang serta kenalan lama dalam kalangan tokoh perundangan sentiasa dipandang tinggi atas pengalaman dan sumbangannya."Ini satu kehilangan besar kepada komuniti guaman di Pulau Pinang."Mendiang seorang peguam kanan yang sangat dihormati malah kami sering merujuk kepadanya dalam pelbagai perkara berkaitan undang-undang."Lebih menyedihkan apabila beliau baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-88 baru-baru ini, namun pergi dalam keadaan yang begitu tragis, sesuatu yang sukar dibayangkan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Tambah beliau, mendiang juga dikenali sebagai individu yang aktif dalam bidang guaman namun bersara kira-kira lima tahun lalu sebelum aktif sebagai notari awam.Dalam pada itu, Rayer memaklumkan bahawa mendiang meninggalkan seorang anak lelaki yang merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia serta seorang menantu perempuan yang juga seorang peguam.Jelasnya lagi, isteri mendiang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu."Beliau bukan sahaja tokoh dalam bidang perundangan tetapi seorang sahabat lama yang sangat kami hormati."Kehilangan ini amat dirasai seluruh warga guaman di negeri ini," katanya.Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying yang turut ditemui di lokasi kejadian menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada negeri ini malah kepada negara.Beliau berkata, mendiang bukan sahaja rapat dengan bapanya, Kit Siang malah mempunyai hubungan baik dengan keluarga pemimpin veteran tersebut sejak sekian lama."Mendiang dikenali dengan nama Uncle San dalam keluarga kami, ini satu kehilangan yang amat besar."Mendiang sangat dikenali dan dihormati, malah mempunyai hubungan rapat dengan keluarga kami sejak dahulu lagi," katanya.

Go to News Site