Collector
Rasuah lepaskan pekerja rumah urut: Dua anggota polis ditahan SPRM | Collector
Rasuah lepaskan pekerja rumah urut: Dua anggota polis ditahan SPRM
Sinar Harian

Rasuah lepaskan pekerja rumah urut: Dua anggota polis ditahan SPRM

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan dua anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM10,000 sebagai balasan melepaskan empat pekerja rumah urut yang didakwa menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja.Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu direman selama lima hari hingga 17 April selepas perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin.Menurut sumber, tangkapan dilakukan secara berasingan kira-kira jam 11 malam, Ahad dan 5 pagi, Isnin."Siasatan awal mendapati kedua-dua individu itu disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut semalam."Kedua-dua mereka dipercayai telah menerima wang rasuah secara tunai berjumlah kira-kira RM7,000 pada pagi 12 April, manakala baki sebanyak RM3,000 telah diserahkan pada malam hari yang sama, sebelum mereka ditahan SPRM," katanya.Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Go to News Site