Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Polis telah menahan pemandu kenderaan jenis Perodua Axia yang dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari membabitkan seorang anggota trafik di Jalan Sultan Yahya Petra di sini Jumaat lalu.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, suspek telah ditahan petang tadi dan kini sedang menjalani ujian saringan pernafasan (EBA) dan air kencing."Suspek yang disyaki terlibat dalam kes tersebut telah ditahan dan sedang menjalani proses laporan polis serta ujian EBA dan air kencing," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 10.47 malam Jumaat, mangsa, Konstabel Roslan Salleh, 27, sedang menjalankan tugas mengawal lalu lintas di kawasan petak kuning sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan.Pemandu kenderaan terbabit bagaimanapun melarikan diri tanpa berhenti untuk memberikan bantuan kepada mangsa.Mohd Zamzuri dilaporkan berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan termasuk luka di tapak tangan kanan dan belakang kepala selain sakit di bahagian rusuk.Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menerima rawatan lanjut.Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Go to News Site