Collector
Palsukan dokumen bekas isteri buat pinjaman bank perbuatan terkutuk | Collector
Palsukan dokumen bekas isteri buat pinjaman bank perbuatan terkutuk
Sinar Harian

Palsukan dokumen bekas isteri buat pinjaman bank perbuatan terkutuk

SHAH ALAM - Tindakan lelaki memalsukan dokumen bekas isteri bagi tujuan penipuan pinjaman bank atau institusi kewangan bukan sahaja perbuatan terkutuk tetapi turut memberi kesan emosi jangka panjang kepada mangsa.Presiden Persatuan Wanita Inspirasi Negara Malaysia, Norhimah Aziz berkata, perbuatan bersifat penderaan kewangan tersebut perlu dikenakan hukuman tegas bagi melindungi wanita daripada terus menjadi mangsa."Kalau seseorang wanita itu ditinggalkan tanpa nafkah, saya yakin dia masih mampu memikirkan cara untuk cari duit tapi kalau ditinggalkan dengan hutang banyak, ini sangat berat sekali."Jadi, atas sebab itulah tindakan sewajarnya perlu diambil melalui undang-undang sedia ada untuk membantu mangsa dan dalam masa sama memberi pengajaran kepada pihak lain supaya tidak wujud lagi mangsa baharu selepas ini," katanya.Sementara itu, peguam, Wan Azliana Wan Adnan berkata, wanita perlu segera membuat laporan polis sekiranya mengesyaki dokumen diri dipalsukan oleh mana-mana pihak termasuk bekas suami bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.Katanya, wanita juga perlu lebih berhati-hati sekiranya diminta untuk menandatangani dokumen oleh pasangan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.Beliau berkata, kes seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan keselamatan kewangan serta kesejahteraan emosi mangsa."Penggunaan identiti individu tanpa kebenaran untuk tujuan kewangan adalah satu kesalahan serius. Mangsa berhak membuat laporan polis dan membawa perkara ini ke mahkamah bagi menuntut keadilan," katanya.

Go to News Site