Collector
Ilmu sains tarikan baharu pelancong | Collector
Ilmu sains tarikan baharu pelancong
Sinar Harian

Ilmu sains tarikan baharu pelancong

KUALA LUMPUR – Petrosains Sdn Bhd memperkukuh peranan sebagai pemangkin pelancongan berasaskan ilmu menerusi penganjuran sesi libat urus media strategik, sekali gus menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).Inisiatif dikenali sebagai A Memorable Experience with Petrosains menghimpunkan rakan media utama sebagai platform memperluas naratif pelancongan negara menggabungkan pendidikan, pengalaman interaktif dan penceritaan sains kepada khalayak lebih luas.Pengarah Jabatan Hubungan Pihak Berkepentingan dan Komunikasi Petrosains, B Shamini berkata, kerjasama erat bersama media menjadi pemacu penting dalam mengangkat daya tarikan pelancongan berteraskan ilmu."Kehadiran media hari ini mencerminkan lebih daripada sekadar hubungan kerjasama, sebaliknya melambangkan keyakinan bahawa pendidikan, ilmu dan penceritaan mampu mencetuskan perubahan lebih baik," ujarnya.Menurutnya, Petrosains bersama Petronas Twin Towers SkyXperience kini berkembang daripada sekadar tarikan pelawat kepada ekosistem dinamik menggabungkan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) serta pelancongan berasaskan pembelajaran.Ujarnya, kedua-dua platform itu terus menyokong aspirasi negara dengan menawarkan pengalaman menyeluruh, mudah diakses serta menarik kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.Dalam sesi itu, media dibawa menyertai pengalaman berpandu di Petrosains dan Petronas Twin Towers SkyXperience di salah satu mercu tanda ikonik negara.Antara tarikan terkini di Petrosains termasuk Veloclimb di zon SPEED iaitu pengalaman memanjat interaktif menggabungkan pergerakan fizikal dan digital.Selain itu, Hello AI di zon Sparkz memperkenalkan asas kecerdasan buatan secara interaktif, manakala Galeri Kelestarian menampilkan pelbagai zon seperti Ecofarm, Ecofood, Ecohome, Ecotransport, Ecopledges dan Ecohorizon yang mengetengahkan gaya hidup lestari.Program diakhiri jamuan eksklusif di Sky Café by Maja terletak di Aras 83, Menara Berkembar Petronas.

Go to News Site