Sinar Harian
SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) pendirian tegas bahawa tangkapan Jorjet Myla merupakan langkah tidak demokratik dan menyekat kebebasan bersuara rakyat.Ketua Penerangan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Harris Idaham Rashid berkata, siasatan dibawah Akta Hasutan 1948 juga adalah satu tindakan zalim dan menekan.Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) yang dahulunya paling lantang menjuari kebebasan bersuara tetapi sekarang ini kehadapan dalam menekan suara suara yang menentang kerajaan."Armada turut bersolidariti terhadap Jorget Myla yang sedang melalui tahanan reman akibat menyatakan pendapat."Kegilaan memegang kuasa sudah memusnahkan prinsip perjuangan lama."Sedangkan menyatakan pendirian negatif terhadap Perdana Menteri ataupun kerajaan adalah sebahagian daripada demokrasi yang diamalkan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, Jorjet Myla direman selama tiga hari kerana didakwa memuatnaik satu video di Tiktok meluahkan rasa tidak puas hati terhadap prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tambah beliau, tangkapan dan permohonan reman hanya akan melihatkan Malaysia sebagai negara yang tidak toleran terhadap kritikan daripada rakyat." Musim ekonomi gawat secara automatik akan mengundang pendapat yang negatif berkenaan pengurusan krisis kerajaan tetapi kebebasan bersuara itu dibenarkan dan pihak Kerajaan harus menerimanya."Pihak berkuasa tidak boleh diperalatkan untuk membisukan masyarakat," ulasnya.
Go to News Site